3.14.2010

LANGKAH 3: BELAJAR PELAN BINAAN (DRAWING STUDY)

Setiap jurukur mestilah tahu membaca drawing. Dalam kerja jalan ada beberapa drawing penting untuk jurukur pelajari. Salinan fotokopi perlu dilakukan pada drawing yang penting. Kebiasaannya untuk kerja infrastruktur seperti kerja jalan drawing yang perlu dipelajari terlebih dahulu adalah:-

1. Pre-comp plan
2. Alignment Drawing.
3. Road Profile (Longitudinal Section).
4. Typical detail for crossesction of road.

Drawing yang penting sekali adalah alignment diikuti dengan drawing profile seterusnya typical detail for crossection of road. Banyak lagi drawing lain yang perlu dipelajari tetapi untuk permulaan kerja terlebih dahulu memahami drawing tersebut kerana drawing tersebut adalah kunci kerja untuk seterusnya.

Sebenarnya banyak lagi drawing yang perlu tahu, tapi buat permulaan cukup jer dulu study drawing yang disenaraikan diatas. Kegunaan untuk drawing diatas akan dibincangkan pada masa akan datang.

4 comments:

  1. amaba..boleh sy tny apakah situasi hari pertama utk ukur jalan nih..tht's mean slpas study design then turun site..situasi sebenar..?realiti..?pliz reply..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya susah nak bagi gambaran sebenar situasi ukur jalan ni dari segi design n kerja di lapangan.Bagi jurukur situasi kerja bergantung kepada jenis projek yang sedang dilakukan, syarikat tempat anda kerja, supervisor yang berkerja, jentera, peralatan digunakan dan banyak lagi.dari segi asas dan persidiaan adalah sama sahaja. cuma inisiatif masing2 dan pengalaman yang membezakan. keputusan akhir sama jer.sebagai contoh projek lebuh raya dan projek jalan dalam perumahan berbeza dari segi design dan pengiraannya. lebuhraya ada superelevation dan jalan biasa tiada. apa yang penting dalam kerja ukur ni adalah pengiraan data dan persediaan data yang cepat dan tepat sekian. terima kasih .

    ReplyDelete
  3. mohon bantuan.boleh jelaskan bagaimana pelan cadangan yang diserahkan kepada pihak PTG?hanya design melalui autocad @ kena bt kerja di lpngn dulu?mksd lebih jelas prosedur kerja bagi seorang jurukur selepas mendapat projek dlm pembinaan jalanraya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana bertanya kepada saudara hamdan. Sebenarnya kerja sebagai seorang surveyor di syarikat pembinaan tidak perlu ambil tahu pasal pelan cadangan yang diserahkan kepada pihak PTG. Kita sebagai surveyor apa yang perlu adalah merealisasikan apa yang telah di reka oleh jurutera dan arkitek.Kebiasaannya kerja cadangan banyak melibatkan jurutera dan arkitek kurang membabitkan surveyor. Semua pelan dan data telah disediakan oleh pihak consultant. Apa yang penting adalah study drawing tersebut seperti yang saya sebut dalam posting saya. Tentang prosedur kerja selepas mendapat projek jalanraya pertama sekali dapatkan control sation. Yang ni kebiasaannya di sediakan oleh jurukur berlesen. Yang kedua study drawing n buat calculation. Yang ketiga pegging di lapangan. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete