12.15.2009

LANGKAH 2: MENGENAL KEDUDUKAN STESEN (CONTROL POINT/STATION) DAN TBM

Seperti kita ketahui dalam kerja ukur kita memerlukan stesen untuk memulakan kerja. Jadi langkah seterusnya kenal dan pasti kedudukan stesen di kawasan kerja. Kebiasaan dalam kerja ukur kejuteraan, stesen akan disediakan oleh jurukur berlesen. Ada dua kemungkinan mengenai stesen yang disediakan oleh jurukur berlesen samada stesen yang disediakan sudah berada dan merangkumi kawasan kerja atau jauh dengan kawasan kerja. Biasanya kalau stesen sudah merangkumi kawasan kerja jumlah stesen adalah banyak dan ini menyenangkan kerja anda. Tapi bila stesen yang disediakan jauh dengan kawasan kerja ini yang memerlukan anda mambuat traverse ke kawasan kerja.

Kedudukan TBM juga perlu di kenalpasti. Kebiasaannya kedudukan TBM adalah sama dengan stesen. Data stesen dan TBM akan diberikan oleh jurukur berlesen kepada anda dan anda mesti tahu kedudukan stesen tersebut untuk menyenangkan kerja anda kelak.

Satu lagi berdasarkan pengalaman saya, jika anda berkerja dengan syarikat kontraktor dimana syarikat anda berkerja adalah main contractor untuk projek tersebut oleh itu stesen dan TBM biasa diperolehi dari jurukur berlesen yang dilantik oleh syarikat. Kalau syarikat anda adalah subcontractor biasanya stesen dan TBM diperolehi dari main contractor.

Tip saya adalah semasa membuat tinjauan pada stesen cuba tandakan kedudukan stesen dengan nombor stesennya pada layout drawing supaya senang di cari kelak.

2 comments:

  1. salam incik...saya mau link blog incik ke blog saya.time kasih.

    ReplyDelete
  2. salam,, saya nak tnye..
    cm nie saya belajar ukur tnh jugak,, letcure bg kerja suruh bt terabas.. tp masa mulakan terabas tu,, saya terlupa amik kira pasal datum nie.. saya mulakan pada stesen ke iaitu piket, manakala stesen satu batu.. dengan menggunakn kompas,, lepas siap semua kerja tu,, nak tentukan datum tu saya x tau dah nk bt cam ne.. ade care x??

    ReplyDelete