Ini adalah hari pertama anda berkerja sebagai jurukur tanah. Apa yang penting pada hari pertama sebolehnya membuat tinjauan pada tapak projek. Selepas berkenalan dengan pekerja-pekerja lain lakukan lawatan tapak kerja dimana tujuannya adalah untuk memberi gambaran tentang kedudukan projek yang sedang dilakukan samada dari segi rupabentuk permukaan, persekitaran, struktur kekal dan sebagainya. Ini penting dalam proses membiasakan anda dengan keadaan tapak kerja sambil mengenal laluan jalan yang akan dibina kelak dan mengatur kedudukan stesen(control point/station). Jikalau boleh semasa lawatan tapak dilakukan bawa bersama “layout drawing”atau pun “master plan” untuk projek tersebut. Dimana dengan adanya layout drawing tersebut laluan dan kedudukan jalan yang akan dibina dapat digambarkan dengan jelas oleh anda. Selalunya setiap projek pembinaan jalan akan dibahagikan mengikut zone, phase, dan sebagainya. Didalam setiap zone pula ada nama-nama jalan tertentu. Sebagai contoh Zone 1 , manakala dalam zone 1 pula terbahagi kepada beberapa jalan iaitu Road 1, Road 2 dan pelbagai struktur binaan . Tujuannya zone ini adalah untuk memudahkan perlaksanaan sesuatu projek samada dari segi pengurusan, perlaksanaan dan sebagainya.
Dengan siapa anda ingin lakukan lawatan tapak? Apa itu “layout drawing”? Mungkin soalan ini bermain dalam fikiran anda. Maklumlah hari pertama berkerja.
Kebiasaannya pada pengalaman saya apabila anda mula berkerja lawatan tapak akan dilakukan apabila bos anda memperkenalkan anda kepada ketua tapak kerja sebagai contoh saya berikan disini ialah apabila anda mula berkerja anda perlu melaporkan diri kepada ketua projek (project manager, engineer dan lain-lain). Selepas melapor anda akan diperkenalkan oleh projek manager kepada engineer, site agent, supervisor dan sebagainya. Situasi ini adalah contoh sahaja. Mungkin keadaan sebenar berbeza. Mungkin juga anda disuruh menelefon sesiapa yang mengetuai tapak kerja. Seterusnya melakukan lawatan tapak. Jikalau projek tersebut sudah ada seorang jurukur kebiasaannya jurukur tersebut akan membawa anda untuk lawatan tapak.
“Layout drawing” adalah pelan yang menunjukkan gambaran keseluruhan binaan sesuatu projek. Contoh layout drawing …….. bersambung.
No comments:
Post a Comment