3.20.2011

Ukur Tiang Lampu

Maaf kerana lambat mengeluarkan posting terbaru. Gua dah baca semua komen kau orang. Betul apa yang kau orang cakap. Tapi kalau u orang guna alat total station yg ada laser lagi senang. Tapi hari tu aku guna alat total station yang biasa je. Aku guna kaedah simple jer. Mula2 aku ambil level dekat pangkal tiang lampu tu. Lepas tu aku set kan vertical angle total station 90 degree dan aku ambil bacaan level kat tiang lampu tu pada 90 degree maknanya kau orang gerakkan pole agar sama paras dengan stadia tengah total station. Kemudian aku ambil bacaan jarak. Ok sekarang aku dah dapat jarak dan tinggi tiang dari pangkal ke garisan colimation. Seterusnya aku ambil vertical angle hujung tiang lampu dan dengan menggunakan formula tangen aku dah dapat tinggi tiang lampu dari colimation line. Tinggi tiang lampu dari (pangkal ke colimation line)+(tinggi tiang lampu dari colimation line ke hujung tiang lampu). Nanti ada masa aku view gambarajah senang untuk buat rujukan. Ada banyak lagi cara lain yang bole digunakan. Bergantung kepada surveyor cara mana dia nak gunakan.

2.09.2011

Ukur Ketinggian Tiang Lampu

Lama sudah aku tak bercerita di laman blog ni. Hari baru berkesempatan untuk bercerita sedikit pengalaman aku pada tahun lepas iaitu lebih kurang 5 bulan lepas. Satu pagi aku dikejutkan oleh projek manager ku supaya aku mengukur ketinggian tiang lampu ditempat kerja ku. Dekat dengan site ofis. Secepat kilat aku teringat soalan yang diajukan oleh lecturer ku semasa belajar dahulu. Pantas aku mengingatkan kaedah dan cara untuk mengukur tiang lampu tanpa memanjat tiang lampu itu. Tujuan pengukuran tersebut adalah untuk buat order tiang lampu bagi projek tempat aku kerja. Nak tahu caranya nanti aku cerita kemuadian. Cuba anda fikir dulu..............

3.14.2010

LANGKAH 3: BELAJAR PELAN BINAAN (DRAWING STUDY)

Setiap jurukur mestilah tahu membaca drawing. Dalam kerja jalan ada beberapa drawing penting untuk jurukur pelajari. Salinan fotokopi perlu dilakukan pada drawing yang penting. Kebiasaannya untuk kerja infrastruktur seperti kerja jalan drawing yang perlu dipelajari terlebih dahulu adalah:-

1. Pre-comp plan
2. Alignment Drawing.
3. Road Profile (Longitudinal Section).
4. Typical detail for crossesction of road.

Drawing yang penting sekali adalah alignment diikuti dengan drawing profile seterusnya typical detail for crossection of road. Banyak lagi drawing lain yang perlu dipelajari tetapi untuk permulaan kerja terlebih dahulu memahami drawing tersebut kerana drawing tersebut adalah kunci kerja untuk seterusnya.

Sebenarnya banyak lagi drawing yang perlu tahu, tapi buat permulaan cukup jer dulu study drawing yang disenaraikan diatas. Kegunaan untuk drawing diatas akan dibincangkan pada masa akan datang.

12.15.2009

LANGKAH 2: MENGENAL KEDUDUKAN STESEN (CONTROL POINT/STATION) DAN TBM

Seperti kita ketahui dalam kerja ukur kita memerlukan stesen untuk memulakan kerja. Jadi langkah seterusnya kenal dan pasti kedudukan stesen di kawasan kerja. Kebiasaan dalam kerja ukur kejuteraan, stesen akan disediakan oleh jurukur berlesen. Ada dua kemungkinan mengenai stesen yang disediakan oleh jurukur berlesen samada stesen yang disediakan sudah berada dan merangkumi kawasan kerja atau jauh dengan kawasan kerja. Biasanya kalau stesen sudah merangkumi kawasan kerja jumlah stesen adalah banyak dan ini menyenangkan kerja anda. Tapi bila stesen yang disediakan jauh dengan kawasan kerja ini yang memerlukan anda mambuat traverse ke kawasan kerja.

Kedudukan TBM juga perlu di kenalpasti. Kebiasaannya kedudukan TBM adalah sama dengan stesen. Data stesen dan TBM akan diberikan oleh jurukur berlesen kepada anda dan anda mesti tahu kedudukan stesen tersebut untuk menyenangkan kerja anda kelak.

Satu lagi berdasarkan pengalaman saya, jika anda berkerja dengan syarikat kontraktor dimana syarikat anda berkerja adalah main contractor untuk projek tersebut oleh itu stesen dan TBM biasa diperolehi dari jurukur berlesen yang dilantik oleh syarikat. Kalau syarikat anda adalah subcontractor biasanya stesen dan TBM diperolehi dari main contractor.

Tip saya adalah semasa membuat tinjauan pada stesen cuba tandakan kedudukan stesen dengan nombor stesennya pada layout drawing supaya senang di cari kelak.

LANGKAH 1: MEMBUAT TINJAUAN TAPAK PROJEK

Ini adalah hari pertama anda berkerja sebagai jurukur tanah. Apa yang penting pada hari pertama sebolehnya membuat tinjauan pada tapak projek. Selepas berkenalan dengan pekerja-pekerja lain lakukan lawatan tapak kerja dimana tujuannya adalah untuk memberi gambaran tentang kedudukan projek yang sedang dilakukan samada dari segi rupabentuk permukaan, persekitaran, struktur kekal dan sebagainya. Ini penting dalam proses membiasakan anda dengan keadaan tapak kerja sambil mengenal laluan jalan yang akan dibina kelak dan mengatur kedudukan stesen(control point/station). Jikalau boleh semasa lawatan tapak dilakukan bawa bersama “layout drawing”atau pun “master plan” untuk projek tersebut. Dimana dengan adanya layout drawing tersebut laluan dan kedudukan jalan yang akan dibina dapat digambarkan dengan jelas oleh anda. Selalunya setiap projek pembinaan jalan akan dibahagikan mengikut zone, phase, dan sebagainya. Didalam setiap zone pula ada nama-nama jalan tertentu. Sebagai contoh Zone 1 , manakala dalam zone 1 pula terbahagi kepada beberapa jalan iaitu Road 1, Road 2 dan pelbagai struktur binaan . Tujuannya zone ini adalah untuk memudahkan perlaksanaan sesuatu projek samada dari segi pengurusan, perlaksanaan dan sebagainya.

Dengan siapa anda ingin lakukan lawatan tapak? Apa itu “layout drawing”? Mungkin soalan ini bermain dalam fikiran anda. Maklumlah hari pertama berkerja.

Kebiasaannya pada pengalaman saya apabila anda mula berkerja lawatan tapak akan dilakukan apabila bos anda memperkenalkan anda kepada ketua tapak kerja sebagai contoh saya berikan disini ialah apabila anda mula berkerja anda perlu melaporkan diri kepada ketua projek (project manager, engineer dan lain-lain). Selepas melapor anda akan diperkenalkan oleh projek manager kepada engineer, site agent, supervisor dan sebagainya. Situasi ini adalah contoh sahaja. Mungkin keadaan sebenar berbeza. Mungkin juga anda disuruh menelefon sesiapa yang mengetuai tapak kerja. Seterusnya melakukan lawatan tapak. Jikalau projek tersebut sudah ada seorang jurukur kebiasaannya jurukur tersebut akan membawa anda untuk lawatan tapak.

“Layout drawing” adalah pelan yang menunjukkan gambaran keseluruhan binaan sesuatu projek. Contoh layout drawing …….. bersambung.

12.09.2009

LANGKAH-LANGKAH KERJA UKUR JALAN

Disini saya ingin terangkan bagaimana kerja-kerja ukur dilakukan bermula dari awal hingga akhir. Penerangan saya ini adalah berdasarkan bahawa para pembaca adalah graduan baru yang mula berkerja disebuah syarikat pembinaan swasta dan projek pertama anda adalah membuat kerja jalan.Mungkin anda berasa panik atau pun berdebar-debar maklumlah baru mula kerja. Tambahan pula melihat banyak drawing di pejabat tapak kerja(site office). Didalam fikiran pula bermain bermacam pertanyaan , camana nak start keja ni, camana nak kira data ni, control stesen nak dapat kat mana ni, dan macam-macam lagi.Jangan panik, bertenang perkara itu biasa berlaku kepada graduan yang baru mula berkerja.

Disinilah saya memainkan peranan untuk saudara pembaca dimana langkah kerja yang saya akan terangkan akan memberi keyakinan dan gambaran kepada para graduan untuk menghadapi hari pertama berkerja.Pengalaman saya melihat masih ramai lagi graduan baru yang masih belum tahu langkah untuk memulakan kerja didalam pembinaan ini dan sekaligus berasa kurang yakin, takut dan bermacam lagi perasaan untuk mencebur diri dalam bidang pembinaan ini.

Sekarang saya akan memberi tahu rahsia jurukur dan teknik macamana kerja ukur dilapangan dilakukan. Ikuti siri seterusnya. Bersambung.........

12.05.2009

TUGAS JURUKUR DALAM KERJA JALAN

Sebelum kita pergi kepada topik yang lebih jauh kita mesti tahu tugas jurukur didalam kerja ukur jalan. Saya rasa sangat penting bagi saya untuk jelaskan dalam tulisan saya ini tentang tugasan jurukur dimana para graduan yang akan menamatkan pelajaran di peringkat sijil, diploma, ijazah dan sebagainya tahu tugas jurukur apabila memasuki alam perkerjaan terutamanya bidang pembinaan iaitu senang cakap kontraktor. Tak kira lah kerja jalan, bangunan, jambatan dan sebagainya. Tugasnya lebih kurang sama je. Antara tugas-tugas jurukur adalah seperti berikut:-

1.Membuat kerja "setting out" atau pun dengan kata lain "pegging" kedudukan struktur binaan.
2.Membuat kerja "levelling" .
3.Mengambil detail (as built) sesuatu struktur sebelum kerja dan selepas siap kerja pembinaan.
4.Pengiraan data-data ukur untuk kerja dilapangan.
5.Membuat "Joint survey" sesuatu struktur binaan. Maksudnya disini ialah jurukur mesti membuat "checking" dengan konsultan samada level atau pun kedudukan struktur yang dibina adalah mengikut "construction drawing" .
6.Kadang-kadang jurukur juga mesti melukis drawing seperti as built, crossection, design dan sebagainya.
7.Penjagaan alat sebagai contoh alat mesti dikalibrasikan setiap 1 tahun. Samada alat level atau pun total station serta target prisma.

Tugas-tugas diatas adalah kebanyakan tugas yang dilakukan oleh seorang jurukur dalam bidang construction. Secara asasnya seorang jurukur mesti tahu membuat pengiraan untuk seting out, traverse, levelling dan komputer (autocad).

Terus terang saya cakap, bahawa jurukur kalau dah tahu kira, buat traverse, buat level dan autocad dah kira bole buat kerja lah tu.Satu lagi jurukur mesti pandai baca drawing.Sebab dari drawing itulah kiraan data boleh dibuat.Tapi perlu ingat keyakinan yang tinggi perlu ada bagi setiap seorang jurukur dan selalu rilek jangan tertekan bila melakukan kerja. Bagi saya , biar lambat asal selamat.

12.04.2009

PENGENALAN

Tujuan laman blog ini adalah untuk membongkar rahsia jurukur tanah dalam kerja kejuruteraan jalan iaitu secara umumnya kerja-kerja infrastruktur. Segala tulisan yang dipaparkan oleh penulis adalah berdasarkan pengalaman penulis semasa berkerja disyarikat kontraktor dimalaysia dalam pelbagai bidang ukur iaitu terutamanya kerja infrastruktur iaitu jalan, jambatan, perparitan, saluran paip dan sebagainya yang akan diterangkan didalam blog ini.